Search This Blog

Monday 31 December 2012

Cara Memegang Bayi Baru Lahir

Saya nak share somthing yang menarik iaitu bagimana caranya nk pegang baby yg baru lahir.Saya pasti sesangat la,Tak semua ibu-ibu di luar sana tahu,walaupun dah lama jadi ibu..
Jom baca..

Pastikan ibu mendakap erat bayi, terutamanya pada minggu-minggu awal kehidupannya kerana ini akan membuatnya berasa selamat dan selesa ( sama ada dalam pelukan anda, pakaian atau kain selimut).Jangan berasa takut untuk memegang bayi anda. Dia sebenarnya lebih kuat dari yang anda sangkakan. Yang perlu anda beri perhatian adalah kepalanya yang masih lagi lembut. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakkan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepalanya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.

No comments:

Post a Comment