Search This Blog

Tuesday 8 January 2013

Bersyukur dilahirkan sebagai Wanita

Entry kali ni,membuatkan hati ini,memanjatkan rasa kesyukuran pdNYA kerana dilahirkan sebagai wanita.Kekadang  tanpa kita sedar ,kita asyik sangat merungut krn dilahirkan sbg wanita.Apa tdknya,sebagai wanita kita lah tukang masak,tukang cuci,tukang mengasuh. dan kuli di pejabat bg yg bekerja.Apatah lagi masa tu tengah  hamil..Penatnya.fuhh..berganda-ganda.Dengan mengetahui mklumat ni,diharap anda semua pon akan lebih menghargai diri sendiri sebagai WANITA..aminn..

 Mulianya wanita hamil

1. Apabila seseorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dg 1,000 kebaikan & menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT. mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seseorang perempuan

melahirkan anak, hilanglah dosa2nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan daripada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur & memelihara anaknya yg sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dg ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat solat wanita yg sedang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yg tidak hamil.

7. Wanita yg memberi minum air susu ibu kepada anaknya dari diri nya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap2 titis susu yg diberikannya.

8. Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yg sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala 'ibadah.

9. Wanita yg hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yg hamil akan dapat pahala terus beribadat pada malam hari.

11. Wanita yg bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat & puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah mengurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka malaikat2 dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yg menangis, Allah akan memberi pahala1 tahun solat & berpuasa.

Laptop Bahaya Kepada Ibu Mengandung

Skank ni ramai ibu-ibu suka online terutama yang tengah berpantang.Al-maklumlah bosan  xder buat apa-apa.so kat sy ni saya nk share la,cara nk online tp selamat.Jom baca..


 Cara penggunaan laptop yang salah boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Cara yang salah ialah meletakkan laptop berdekatan dengan perut contohnya atas riba atau letak terus atas perut.Ramai pakar bersetuju iaitu haba yang rendah dari laptop tidak membahayakan pembentukkan janin, walaupun begitu radiasi daripada laptop boleh membahayakan kepada bayi.Cara yang betul ialah dengan meletakan laptop atas meja

Monday 7 January 2013

Tips Ibu Hamil

1. Pola Pemakanan
Pola pemakanan mestilah  berasaskan piramid makanan
. Ibu hamil digalakan makan ak lebih banyak bijirin dan produk bijirin, diikuti sayur-sayuran dan buah-buahan; sumber protein, hasil tenusu dan kurangkan makanan manis, bergaram dan berlemak.Kepelbagaian dalam pengambilan makanan mustahak kerana ia dapat memastikan anda mendapat semua jenis vitamin dan mineral penting daripada setiap jenis makanan yang diambil. Untuk itu, ambil makanan segar berbanding diproses.


2.Senaman
Senaman dapat mengurangkan simptom di awal trimester kehamilan termasuklah morning sickness. Selain itu, ia membantu anda mengurangkan rasa sakit di pinggang, kekejangan kaki dan sembelit.Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti sederhana selama 30 minit setiap sesi dalam seminggu.

3. Tidur
Sebaik kehamilan melepasi usia 16 minggu, anda dinasihatkan untuk tidur dengan posisi mengiring ke kiri.Posisi sebegini akan memastikan pengaliran oksigen dan makanan kepada bayi adalah pada tahap paling optimum. Hal ini kerana vena cava inferior di bahagian kanan spina mengalirkankan darah dari bahagian bawah tubuh ke jantung. Posisi yang sama juga membantu buah pinggang untuk membuang sisa cecair daripada tubuh lalu mengurangkan bengkak di kaki, pergelangan kaki dan tangan. Agar tidur lebih selesa, anda boleh memeluk bantal dan meletakkan sebiji bantal di bahagian belakang.    

4.Membaca
Membaca dapat menenangkan fikiran.Pilih bahan bacaan ringan ataupun yang mengandungi fakta menarik terutama sekali berkaitan kehamilan mahupun penjagaan bayi.Memandangkan kehamilan kadangkala boleh menimbulkan tekanan pada waktu-waktu tertentu, jadikan buku sebagai peneman untuk membantu anda menenangkan fikiran

Makan untuk Langsing

Tajuk post sikit  punya gempak..msrti ramai nk tau kan..kan..kan..
Semunya ni tentang pemakanan..Sapa la kata kalau nak kurus kena berlapar.Mitos yang salah.Dah la kena berlapar,pastu tak sihat pula.Tak perlu pon sebenarnya.Maklumat  kat bawah ini  akan bantu kita macam ner nak kekal langsing tanpa berlapar dan sihat.

1. Jangan berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2.Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

3. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori



4.Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


5. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


6. Minum 8 gelas air sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
 

7.Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

8. Elakkan minum minman yang bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


9. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.



10.Kurangkan pengambilan marjerin @ butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
 

11.Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah

p/s:jom cantik dan sihat tanpa berlapar..weee