Search This Blog

Monday 31 December 2012

Cara Memegang Bayi Baru Lahir

Saya nak share somthing yang menarik iaitu bagimana caranya nk pegang baby yg baru lahir.Saya pasti sesangat la,Tak semua ibu-ibu di luar sana tahu,walaupun dah lama jadi ibu..
Jom baca..

Pastikan ibu mendakap erat bayi, terutamanya pada minggu-minggu awal kehidupannya kerana ini akan membuatnya berasa selamat dan selesa ( sama ada dalam pelukan anda, pakaian atau kain selimut).Jangan berasa takut untuk memegang bayi anda. Dia sebenarnya lebih kuat dari yang anda sangkakan. Yang perlu anda beri perhatian adalah kepalanya yang masih lagi lembut. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakkan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepalanya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.

Makanan utk Ibu Hamil

Antara makanana yang sesuai dimakan oleh ibu hamil ialah:

1.Susu
2.Telur
3. Ayam
4.Yogurt
5.Oat & gandum
6.Kacang Merah
7.Brokoli

Saturday 29 December 2012

Perkara- perkara yang Perlu dielakkan semasa Kehamilan


1) Aspirin
Merupakan sejenis ubat yang akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, ini akan mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2) Alkohol
Akan meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar

3) Litium
Ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4) Vitamin A
Jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat


5) Tetrasaiklin
Sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6) Ubat penahan sakit
boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7) Rokok
ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8) Hentikan kegiatan lasak
seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9) Kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10) Makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

Menu Berpantang

Ikan Haruan Asam Kukus

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 cawan air asam jawa
3 sudu makan minyak jagung
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan serbuk lada hitam
sudu teh gula pasir
1 sudu teh tepung jagung - campurkan sedikit air
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan – dihiris
Garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
1 sm lengkuas
1 batang serai – diketuk
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk

Cara penyediaan:

a) Ikan haruan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.
b) Gaul ikan dengan garam dan serbuk lada hitam dan perap selama 30 minit.
c) Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
d) Kemudian, masukkan air asam jawa, kicap cair, gula dan garam. Biarkan hingga mendidih dan masukkan tepung jagung, daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga pekat.
e) Ikan haruan dikukus sehinga masak.Kemudian, tuangkan kuah ke atas ikan.

Menu Berpantang

Haruan Panggang Halia   

Bahan - bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 sudu kecil cuka
1 helai daun kunyit - dihiris halus]
garam

Bahan-bahan rempah:
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
Bahan untuk dikisar:
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

Cara penyediaan:

a) Bersihkan ikan dan lumurkan dengan jus limau. Kemudian bilas dengan air dan toskan.
b) Gunakan sedikit bahan yang dikisar untuk lumurkan pada ikan dan bakar.Bahan rempah ditumbuk halus dan ditumis dengan bahan kisar selebihnya sehingga berbau wangi.
c) Masukkkan air dan biarkan sehingga mendidih dan pekat.Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit. Sedia dihidangkan.

Menu Berpantang

Sup Ikan Haruan
 

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris
Bahan untuk dikisar:
1 sudu makan lada hitam
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia

Cara Penyediaan:

a) Potong ikan haruan dan bersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir
b) Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia sehingga wangi.Kemudian masukkan air.
c) Setelah mendidih,masukkan lada hitam, asam keping dan ikan.Tunggu dan kacau sehingga mendidih
d) Taburkan daun bawang, daun sup dan garam.

Saturday 22 December 2012

Langsing dengan Teh

Photo: Petua langsingSebelum sarapan pagi,anda boleh mengamalkan minum teh tanpa gula dan perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda. 

Cara- caranya:
Sebelum sarapan pagi,anda boleh mengamalkan minum teh tanpa gula dan perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.

Makan untuk Langsing


Tipsnya ialah:
1.Elakkan makanan ringan
2.Hadkan makanan tinggi karbohidrat
3.Kurangkan sumber protein
4.Pilih menu makanan yang betul mengikut piramid makanan

Minyak Zaitun Kempiskan Perut

 
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya.

Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

Langsing dengan Daun Cekur


 Photo: Petua langsing dengan Daun Cekur1.Ambil segenggam daun cekur, tepung beras, asam jawa, gula merah, gula pasir dan garam.2.Campurkan kesemua bahan tadi dan ditumbuk halus.3.Masukkan 1/2 gelas air.4.Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

Cara-caranya:
1.Ambil segenggam daun cekur, tepung beras, asam jawa, gula merah, gula pasir dan garam.
2.Campurkan kesemua bahan tadi dan ditumbuk halus.
3.Masukkan 1/2 gelas air.
4.Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

Khasiat Teh Hijau

 Photo: Tahukah anda....Kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.

Tahukah Anda...
Kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.

Langsing dengan Asam Jawa



Photo: nk share petua dulukala degan anda semua..slmt mncuba
Langsing dengan Asam Jawa

1.Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
2.Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
3.Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas  makan malam.

Cara-caranya:
1.Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
2.Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
 
3.Minum air tersebut selepas  makan tengah hari atau selepas makan malam.

Tips untuk Kekalkan Berat Badan Ideal


1. Berhenti sebelum kenyang
2. Jangan takut kepada kelaparan
3. Jangan makan kerana sedih
4. Elakkan untuk makan makanan ringan ketika melakukan tugas dipejabat atau melakukan tugas di rumah

Khasiat Ulam untuk ibu bersalin


Ulam-ulaman yang baik untuk ibu selepas bersalin seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, pegagar, ulam raja dan lain-lain. Ulam ini baik untuk ibu dalam pantang kerana ia mengandungi fiber, zat galian (mineral), dan pelbagai vitamin termasuklah vitamin A, C, dan E bersifat antioksidan.