Search This Blog

Monday 7 January 2013

Tips Ibu Hamil

1. Pola Pemakanan
Pola pemakanan mestilah  berasaskan piramid makanan
. Ibu hamil digalakan makan ak lebih banyak bijirin dan produk bijirin, diikuti sayur-sayuran dan buah-buahan; sumber protein, hasil tenusu dan kurangkan makanan manis, bergaram dan berlemak.Kepelbagaian dalam pengambilan makanan mustahak kerana ia dapat memastikan anda mendapat semua jenis vitamin dan mineral penting daripada setiap jenis makanan yang diambil. Untuk itu, ambil makanan segar berbanding diproses.


2.Senaman
Senaman dapat mengurangkan simptom di awal trimester kehamilan termasuklah morning sickness. Selain itu, ia membantu anda mengurangkan rasa sakit di pinggang, kekejangan kaki dan sembelit.Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti sederhana selama 30 minit setiap sesi dalam seminggu.

3. Tidur
Sebaik kehamilan melepasi usia 16 minggu, anda dinasihatkan untuk tidur dengan posisi mengiring ke kiri.Posisi sebegini akan memastikan pengaliran oksigen dan makanan kepada bayi adalah pada tahap paling optimum. Hal ini kerana vena cava inferior di bahagian kanan spina mengalirkankan darah dari bahagian bawah tubuh ke jantung. Posisi yang sama juga membantu buah pinggang untuk membuang sisa cecair daripada tubuh lalu mengurangkan bengkak di kaki, pergelangan kaki dan tangan. Agar tidur lebih selesa, anda boleh memeluk bantal dan meletakkan sebiji bantal di bahagian belakang.    

4.Membaca
Membaca dapat menenangkan fikiran.Pilih bahan bacaan ringan ataupun yang mengandungi fakta menarik terutama sekali berkaitan kehamilan mahupun penjagaan bayi.Memandangkan kehamilan kadangkala boleh menimbulkan tekanan pada waktu-waktu tertentu, jadikan buku sebagai peneman untuk membantu anda menenangkan fikiran

No comments:

Post a Comment